Empoasca sp. (Hemiptera: Cicadellidae)
Empoasca sp. merupakan hama yang dominan pada tanaman terung fasa vegetatif dan generatif. Imago berwarna hijau muda dan berukuran sekitar 3 mm. Baik nimfa mahupun imago merosak tanaman dengan menusuk dan
menghisap cairan dari permukaan bawah daun. Serangan hama ini menyebabkan
daun menjadi kuning dan melengkung ke bawah. Menurut Borror et
al. (1996), serangga dari keluarga Cicadellidae ini menyebabkan kekerdilan dan
pengeritingan daun yang berasal dari penghambatan pertumbuhan pada bawah
daun tempat serangga ini makan.Epilachna sp. (Coleoptera: Coccinellidae) Kumbang pemakan daun Epilachna sp. merupakan hama
jingga kusam dengan bintik-bintik hitam pada elitranya dan panjang
tubuhnya berkisar antara 5-8 mm. Larvanya berwarna kuning dan
terdapat serta yang terl;ihat seperti duri pada bahagian tubuhnya. Baik
larva mahupun imago merosak tanaman dengan memakan lapisan epidermis di
bawah daun tetapi bahagian atas daun tetap utuh. Sehingga daun yang terserang
tinggal kerangka dan menjadi kering seperti jaring. Kumbang
Epilacna sp. aktif makan terutama pada pagi hari sedangkan pada siang hari
aktiviti makannya menurun, pada waktu petang kembali aktif dan kemudian
menjelang malam keaktifan makannya menurun lagi (Abdullah dan Abdullah
2009).
Pada tanaman terung fase vegetatif populasi kumbang Epilachna sp.
meningkat pada bulan Disember. Peningkatan ini dipengaruhi oleh
umur tanaman, kumbang Epilachna sp. lebih menyukai tanaman muda sebelum
berbunga (Hottesman dan Masrton 2005). Sedangkan pada fasa generatif populasi
kumbang Epilachna sp. cenderung mengalami penurunan memasuki bulan
November. Hal ini disebabkan kerana hujan yang turun secara terus-menerus dan
umur tanaman yang semakin tua. Pada bulan Disember tanaman terung fasa generatif tidak ada lagi karena telah mencapai akhir usia tanaman.
No comments:
Post a Comment