Thursday, 7 September 2017

PENYAKIT HAMA PADA POKOK TERUNG

Hama yang ditemukan pada tanaman terung pada pertanaman terung fase vegetatif dan generatif ditemukan beberapa organisma pengganggu tanaman (OPT), baik hama mahupun patogen. Hama pada tanaman terung fasa vegetatif dan fasa generatif hampir sama. Empoasca sp. dan Epilachna sp. merupakan hama yang dominan ditemukan. Oleh kerana itu, populasi kedua hama ini dihitung setiap minggu. Sedangkan hama lain seperti Valanga sp., Acherontia sp., Bactrocera spp., Mictis longicornis, dan Aulacophora sp. jarang ditemukan. Namun, apabila populasi OPT ini pada pertanaman sangat tinggi, maka dapat berpotensi menjadi hama penting.

Empoasca sp. (Hemiptera: Cicadellidae) Empoasca sp. merupakan hama yang dominan pada tanaman terung fasa vegetatif dan generatif. Imago berwarna hijau muda dan berukuran sekitar 3 mm. Baik nimfa mahupun imago merosak tanaman dengan menusuk dan menghisap cairan dari permukaan bawah daun. Serangan hama ini menyebabkan daun menjadi kuning dan melengkung ke bawah. Menurut Borror et al. (1996), serangga dari keluarga Cicadellidae ini menyebabkan kekerdilan dan pengeritingan daun yang berasal dari penghambatan pertumbuhan pada bawah daun tempat serangga ini makan.

Epilachna sp. (Coleoptera: Coccinellidae) Kumbang pemakan daun Epilachna sp. merupakan hama
yang dominan pada tanaman terung fasa vegetatif dan fasa generatif. Imago kumbang ini berwarna
jingga kusam dengan bintik-bintik hitam pada elitranya dan panjang tubuhnya berkisar antara 5-8 mm. Larvanya berwarna kuning dan terdapat serta yang terl;ihat seperti duri pada bahagian tubuhnya. Baik larva mahupun imago merosak tanaman dengan memakan lapisan epidermis di bawah daun tetapi bahagian atas daun tetap utuh. Sehingga daun yang terserang tinggal kerangka dan menjadi kering seperti jaring. Kumbang Epilacna sp. aktif makan terutama pada pagi hari sedangkan pada siang hari aktiviti makannya menurun, pada waktu petang kembali aktif dan kemudian menjelang malam keaktifan makannya menurun lagi (Abdullah dan Abdullah 2009). Pada tanaman terung fase vegetatif populasi kumbang Epilachna sp. meningkat pada bulan Disember. Peningkatan ini dipengaruhi oleh umur tanaman, kumbang Epilachna sp. lebih menyukai tanaman muda sebelum berbunga (Hottesman dan Masrton 2005). Sedangkan pada fasa generatif populasi kumbang Epilachna sp. cenderung mengalami penurunan memasuki bulan November. Hal ini disebabkan kerana hujan yang turun secara terus-menerus dan umur tanaman yang semakin tua. Pada bulan Disember tanaman terung fasa generatif tidak ada lagi karena telah mencapai akhir usia tanaman. 

No comments:

Post a Comment